Lawatan Tapak Kompleks Sukan Kunak : Pelaburan Belia dan Masa Depan Daerah

Kompleks Sukan Kunak merupakan antara projek infrastruktur paling dinanti-nantikan oleh penduduk Kunak. Lebih daripada sekadar kemudahan sukan, ia adalah simbol harapan, pemangkin belia dan pembangunan komuniti luar bandar. Dengan pelaksanaan dijangka bermula pada tahun 2026 di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13), kompleks ini menjadi bukti kesungguhan kerajaan negeri dan wakil rakyat dalam memastikan pembangunan menyeluruh sampai ke daerah.

Aspirasi Bertahun-Tahun: Dari Impian ke Realiti

Sejak bertahun-tahun, penduduk Kunak terutama belia, menuntut agar dibina kompleks sukan yang lengkap dan moden. Kekurangan kemudahan seperti padang, gelanggang indoor dan trek latihan memaksa atlet tempatan berhijrah ke daerah lain untuk berlatih dan menyertai kejohanan.

Isu ini sering dibangkitkan oleh ADUN Kunak, YB Datuk Hajah Norazlinah Arif semenjak beliau mengalas tampuk kepimpinan sebagai “YB Kunak”. Aspirasi masyarakat ini akhirnya mendapat perhatian dalam Belanjawan Sabah 2025, apabila projek Kompleks Sukan Kunak diumumkan oleh kerajaan negeri sebagai salah satu inisiatif pembangunan luar bandar.

Usaha Memohon Tapak Kompleks Sukan Kunak dan Sokongan Kerajaan Negeri Sabah

Untuk menjayakan projek ini, YB Datuk Hajah Norazlinah Arif telah mengambil inisiatif awal dengan memohon peruntukan tanah daripada pihak SD Guthrie. Tapak yang strategik dan luas amat diperlukan bagi menampung fasiliti berskala besar seperti padang bola, trek olahraga, dewan sukan dan kemudahan komuniti.

Permohonan rasmi telah dikemukakan kepada pihak SD Guthrie untuk mendapatkan kawasan tanah yang berdekatan dengan Pekan Kunak dan mudah diakses oleh seluruh masyarakat. Lokasi ini dipilih bukan sahaja atas faktor logistik, tetapi juga demi memastikan kompleks ini benar-benar menjadi pusat tumpuan serantau bagi aktiviti sukan, belia dan komuniti.

Inisiatif ini mencerminkan keprihatinan serta kesungguhan YB dalam memastikan projek bukan sahaja berjalan, tetapi dibina di lokasi yang terbaik, strategik dan memberi kesan jangka panjang kepada pembangunan daerah Kunak.

Selain itu, permohonan rasmi juga telah dibuat kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi mendapatkan sokongan dan bantuan peruntukan tambahan. Ini termasuk dalam bentuk pembiayaan pembinaan, kos penyediaan infrastruktur asas seperti jalan masuk, bekalan air, elektrik dan sistem saliran.

“Kami tidak hanya bergantung kepada bajet persekutuan semata-mata. Saya telah mohon secara rasmi bantuan Kerajaan Negeri Sabah bagi mempercepat proses pelaksanaan. Kunak tidak boleh ketinggalan. Belia kita perlukan fasiliti lengkap,” – YB Datuk Hajah Norazlinah Arif

Komitmen ini menunjukkan bahawa projek Kompleks Sukan Kunak bukanlah satu usaha sambil lewa, tetapi dirancang secara menyeluruh dan melibatkan pelbagai pihak – dari pemilik tanah, kerajaan negeri, agensi pelaksana hinggalah ke akar umbi masyarakat.

Lawatan Tapak Rasmi: Tanda Komitmen Bersama

Pada 25 Jun 2025, satu Lawatan Tapak Kompleks Sukan Kunak telah diadakan bagi menilai status semasa projek. Lawatan ini dihadiri oleh:

  • Tuan Daniel Arizio Casianus Bansin, Penolong Setiausaha Bahagian Perancangan Projek Pembangunan, Kementerian Belia & Sukan Sabah
  • Tuan Haji Latip Katik, PPM Kunak
  • Jurutera Daerah Kunak
  • Wakil Pejabat Belia & Sukan Kunak
kompleks sukan kunak

Kini, projek ini berada di fasa terakhir penyediaan tapak – satu langkah penting sebelum pembinaan sebenar dimulakan. Komitmen padu semua pihak amat dihargai. Ini menunjukkan keseriusan dan kerjasama erat antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan, serta komuniti dalam memastikan projek berjalan lancar.

“Belia adalah pemangkin pembangunan daerah. Inilah harapan kita untuk melahirkan masyarakat sihat, aktif dan bersatu. Saya mohon doa dan sokongan semua agar projek ini dipermudahkan. Jangan cepat menghakimi, jangan sebarkan sangsi. Kunak sedang maju. Mari kita saling menyokong dan bukan menjatuhkan.” – YB Datuk Hajah Norazlinah Arif

Peranan Strategik Kompleks Sukan Kunak

1. Pembangunan Atlet & Belia

Kompleks ini akan menyediakan kemudahan sukan seperti padang bola sepak, trek olahraga, gelanggang serbaguna, dewan futsal dan gimnasium. Ia menjadi platform kepada atlet tempatan untuk berkembang secara profesional tanpa perlu keluar daerah.

2. Lonjakan Ekonomi Tempatan

Kegiatan sukan berstruktur akan menarik penganjuran kejohanan peringkat daerah dan negeri. Ini berpotensi melonjakkan sektor perniagaan kecil, pelancongan domestik serta aktiviti keusahawanan di sekitar Kunak.

3. Pengukuhan Sosial Komuniti

Dengan adanya ruang riadah, dewan serbaguna dan pusat komuniti, Kompleks Sukan Kunak juga berperanan menyatukan masyarakat pelbagai lapisan usia dan latar belakang. Ia akan menjadi pusat kepada aktiviti belia, kesenian dan kebudayaan.

Harapan Bersama Kompleks Sukan Kunak: “Kunak Mesti Maju”

Kompleks ini bukan sahaja melengkapkan keperluan infrastruktur, malah mencerminkan visi besar untuk menjadikan Kunak sebagai daerah aktif, inklusif dan progresif.

Sebagaimana disebut oleh ADUN Kunak:

“Terima kasih kepada semua yang terus bersama dalam perjuangan ini. Kita buat kerja, bukan sekadar cakap. Demi Keluarga Kunak. Kunak Mesti Maju.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top