
KENYATAAN MEDIA
YB DATUK HAJAH NORAZLINAH BINTI ARIF
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.63 Kunak
PENAFIAN TERHADAP FITNAH MENGAITKAN SAYA DAN SUAMI TERLIBAT SEBAGAI FUNDER & MENERIMA SUMBANGAN DARI KARTEL DADAH
16 Ogos 2025
Saya merujuk kepada satu video yang sedang tular di media sosial menerusi akaun TikTok @semporna.info bertarikh 15 Ogos 2025 yang membawa tajuk:
“YB Azlina terima sumbangan dari kartel dadah”.
Rujuk pautan video : https://www.tiktok.com/@semporna.info/video/7538860489640512776?
Video berkenaan turut mengaitkan kononnya suami saya menerima wang daripada kartel dadah.
Saya dengan tegas dan penuh tanggungjawab menafikan sekeras-kerasnya tuduhan fitnah ini.
Segala dakwaan yang dikaitkan kepada saya dan suami saya adalah tidak benar, berniat jahat, berunsur fitnah, serta cubaan mencemarkan nama baik saya sebagai wakil rakyat bagi DUN N.63 Kunak
Saya ingin menegaskan bahawa:
- Tiada sebarang penglibatan saya mahupun suami dalam apa jua bentuk aktiviti pengedaran dadah seperti yang digambarkan.
- Tuduhan ini jelas bertujuan untuk merosakkan reputasi serta menimbulkan keraguan rakyat terhadap integriti saya.
- Saya telah mengarahkan pasukan guaman untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun TikTok tersebut serta mana-mana pihak yang menyebarkan fitnah ini.
Saya menyeru kepada masyarakat agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang tuduhan tidak berasas di media sosial dan sentiasa merujuk kepada saluran rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih.
Sebagai wakil rakyat Kunak, saya akan terus fokus menunaikan amanah serta berkhidmat demi kesejahteraan rakyat tanpa terkesan dengan usaha pihak tidak bertanggungjawab yang mahu menjatuhkan maruah saya.
Sekian.
-TAMAT-
YB DATUK HAJAH NORAZLINAH ARIF
ADUN N.63 KUNAK