Kenali YB Datuk Hajah Norazlinah Bt Haji Arif

YB Datuk Norazlinah Binti Hj. Arif dilahirkan pada 1 September 1977 dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Kunak, Sabah. Norazlinah Arif memperjuangkan kemudahan asas di samping pembangunan sejahtera dalam infrastruktur disamping meneroka potensi Kunak dalam sektor baharu demi pertumbuhan ekonomi dengan pendekatan mesra dan terbuka kepada keperluan masyarakat.

Biografi Norazlinah Arif

Beliau mula bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah 2018 dan berjaya memenangi kerusi tersebut. Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 2020, beliau berjaya mempertahankan kerusi Kunak dengan majoriti yang lebih besar

Biodata Ringkas

  • Nama Penuh: YB Datuk Norazlinah binti Hj. Arif
  • Tarikh Lahir: 1 September 1977
  • Pasangan: Zuhairy Md. Tahir
  • Parti Politik: Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN)
  • Gabungan: Gabungan Rakyat Sabah (GRS)
  • Jawatan Semasa: Ketua Bahagian Kunak, Parti Gagasan Rakyat Sabah

Kerjaya

  • Pembantu Menteri Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah (2018-2020)
  • Human Resource & Admin Manager Mewah Datu Oils Sdn Bhd, Poic Lahad Datu
  • Human Resource & Admin Manager Gamaluz Oil Sdn Bhd Poic Lahad Datu
  • Pembantu Tadbir TSH-Wilmar Sdn Bhd Kunak
  • Pembantu Produser Ras Production Kuala Lumpur

Pendidikan

  • Master In Management  North Borneo University College
  • Ijazah Sains Sosial Perancangan Bandar dan Wilayah dari Universiti Malaya

Penganugerahan

  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2023)
  • Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) – (2018)

Ambil Tindakan Sekarang!

Atau

Telephone : 089-850333

Visi

Kunak Mesti Maju

“Kunak Mesti Maju” – Membangun Kunak sebagai sebuah daerah yang progresif, sejahtera dan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

Misi

Keluarga Kunak

Kami bertujuan untuk membina komuniti yang lebih sejahtera melalui kerjasama, komunikasi yang berkesan, dan penglibatan masyarakat dalam proses pembangunan yang inklusif.

1.Menjadikan Keluarga Kunak sebagai asas kekuatan komuniti yang bersatu, prihatin dan saling menyokong.

2.Memacu pembangunan fizikal dan ekonomi secara seimbang demi masa depan yang mampan.

3.Memperkasa pendidikan, belia dan wanita sebagai tonggak kemajuan jangka panjang.

4.Menyelaras usaha kebajikan dan kesejahteraan sosial agar tiada warga Kunak yang terpinggir.

5.Mewujudkan pentadbiran berintegriti, mesra rakyat dan sentiasa responsif terhadap keperluan komuniti

Sumbangan dan gerak kerja sebagai yang bekerja untuk Keluarga Kunak.

Scroll to Top